my beloved kidz

my beloved kidz

Wednesday, February 16, 2011

AKU DAN KERJAYA......


 Salam sayang wat semua blogger2....aku kini kembali meng-update kan diri aku di ruangan ini...aku sdr x tahu nak tulis apa tapi tetiba aku teringat nak kongsikan pd korang kisah kerjaya aku...

Aku  adalah seorang insan yg x berapa lah pandai mana dalam pelajaran sbb itu aku memilih PDRM sebagai kerja aku hiingga kini..ikut kan aku xda lah minat mana dalam PDRM nie..tapi dari paksaan terus menjadi minat walaupun xlah sampai tahap minat giler...boleh lah di banggakan dari aku manusia yg terlalu nakal kepada seorang yg bertanggungjawab terhadap diri dan negara...wahhhh...mcm best jerk bunyi nyer kan...meh aku kongsi ngan korang mcmana lah aku leh terjebak ngan kerja uniform nie.....

Selepas SPM 1997 aku berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman hidup dan kerjaya. Aku bukan lah berasal dari sebuah Bandar besar...cuma anak Felda yg berani menghijrahkan diri aku ke Kuala Lumpur..bandaraya yg penuh godaan jika tidak kuat iman di dada. Aku mulakan kerjaya aku sebagai Promoter Kasut di sebuah Pasaraya yg boleh dikatakan Gah juga lah...bnyak juga lah berjumpa ngan artis2 glam n menteri2...sapa kata anak Felda x leh jumpa ngan diaowg...tapi aku lah orang nyer.

X lama mana aku di Bandar Kuala Lumpur...pada awal thn 1998 ayah telah menelepon aku supaya balik ke kampung sbb ayah kata ada temuduga terbuka Polis di Kuala Pilah. Aku x nak pergi...aku memberontak pada ayah dgn mengatakan keja polis nie aku x suka...aku benci keja polis sbb jadi kuli orang...kena maki ngan orang...dan meyusahkan hidup orang...sbb tiap kali aku ditahan lalu di sekatan jalan raya aku akan buang ms aku kerana di tnyer itu dan ini oleh polis yg bertugas. Lepas itu dengan keras hati aku nekad x nak balik ke kampung seperti yg ayah arahkan. Pastu 2 hari sebelum temuduga polis di Kuala Pilah, ayah telah datang ke Kuala Lumpur untuk membawa aku pulang untuk menghadiri termuduga tersebut. Nak tak nak aku terpaksa akur dgn permintaan ayah...

Aku pergi temuduga dengan di temani ayah dengan hanyer membawa slip keputusan SPM ja masa tu...xda sebarang sijil akademik yg aku bw ms tu.....ayah dengan rela hati menunggu aku temuduga sehingga malam hari. Samapi di tempat temuduga tanpa bnyak bicara...cik polis tu suh aku pg ukur tinggi dan berat tanpa sebarang banyak soal....pas tu cik polis tu kata aku layak untuk ujian fizikal dan ujian IQ...aku lepas semua ujian wpun aku dgn niat untuk khianat temuduga tersebut. Semasa masuk ke bilik temuduga dengan 3 orang polis yg ada ntah apa2 tanda di bahu bertanyer kan aku kenapa aku hanya datang dengan slip keputusan SPM saja sedangkan orang lain tebal ngan sijil2.... aku dengan bagus menjawab.." saya sebenarnyer x suka keja polis nie...saya datang pun sbb ayah paksa..." hu3...mcm x caya ayat tu kuar dari mulut aku.....sampai mlm aku jalani temuduga...lastly cik polis tu kata minggu depan datang untuk medical check-up....ms tu aku menyumpah2..sbb aku diterima...aduhhhh...mungkin betul kata orang...klu dah mmg jodoh aku ngan polis..nak khianat mcmana pun aku ttp ngan PDRM...mungkin berkat doa ayah aku yang menunggu sejak pagi....

Pada 01.07.1998 aku telah menjalani di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam (PULAPAH) di Bahau Negeri Sembilan. Jalan lah aku latihan selama 6 bulan di situ...dari manusia yang x tahu ttg menghargai masa aku jadi manusia yg menepati masa....dari manusia yg tdk tahu ttg disiplin diri...aku jadi manusia yg tahu ttg adab dan tatasusila..ttg disiplin diri...tentang segala2nyer yg x penah aku pelajari semasa di zaman sekolah atau pun di rumah....

Pada 31.12.1998 tamatlah aku menjalani latihan dan kuar lah aku kerja sebagai seorang anggota Polis dan tempat pertama aku di campak kan adalah daerah Perak Tengah dan melaporkan diri di Balai Polis Kg gajah Perak. Ya Allah...nak di jadikan cerita...aku sedih tengok Balai tu masa tu....Balai kayu yg serupa stesyen keretapi di zaman Jepun...aku lagi lah menyumpah...dah lah x suka keja polis kena pulak di cmpakkan ke kawasan kampung yg lebih hulu dari kampung aku di Felda tu...Rasa nak menangis pun ada....Sedih giler lah aku masa tu...masa itu aku bersama 2 rakan aku polis wanita yg wujud di Balai itu buat kali pertama nyer sejak tahun 1953 Balai di situ wujud....perrgghhhhh....terkejut aku...patutlah awal kehadiran kami di balai itu menjadikan kami sebagai ratu....yg menggelikan hati ada yg datang ke Balai tu bukan nak wat report tapi nak tgk kami secara berdepan...sbb kata mereka selama ini mereka tgk polis wanita hanya dalam drama Gerak Khas....wahhhh fofular kejap ms tu....he3....ragam mcm tu pun da...

So sekarang....pejam celik pejam celik kini aku dah 13 tahun berkhidmat sebagai anggota PDRM....dan kini bertugas di Balai Polis Seri Iskandar...masih di Daerah yg sama....kini aku bangga...sbb aku kini Warga PDRM...sekarang bukan senang nak masuk kerja sebagai anggota PDRM...kelulusan nak tggi...xda lagi yg Gred 3 dlm SPM yg diterima masuk ke dalam PDRM. Kini dengan kerja sbg anggota polis yg berpangkat rendah...aku mmpu ada segalanyer..berbanding masa aku kerja sbg promoter dgn gaji yg beribu2 tapi aku xda sebarang harta.....thanx ayah...sbb memaksa tiena untuk hadir ketemuduga dulu...klu tidak anak ayah nie x jadi org yg berguna dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara...terima kasih ayah......

No comments:

Post a Comment