my beloved kidz

my beloved kidz

Saturday, August 27, 2011

Kekasih....



Kasih, izinkan daku mencintaimu hingga ke hujung nyawaku.. 
Kasih, izinkan daku merindui bayang-bayang wajahmu keakhir hujung nafasku.. 
Kasih, izinkan daku terus menyayangimu hingga ke detik akhir nadiku... 
Kasih, izinkan daku meniup semangatmu dari kejauhan kerna itu sahaja yang dapat kelakukan untukmu.. Kasih, izinkan daku terus memikirkan dirimu yang akan kucinta selamanya walau apapun yang berlaku.. Kasih, izinkan daku terus menyinari kegelapanmu... Kasih, izinkan daku terus menjadi payungmu dikala hujan membasihi dirimu... 
Kasih, izinkan daku menjadi penawarmu dikala kesakitan menyerang dirimu... 
Kasih, izinkan daku menjadi pakaianmu agar sentiasa terjaga maruahmu 
Kasih, izinkan daku menjadi anggota tubuhmu jika itu dapat memberi manfaat padamu untuk melakukan sesuatu..
‘’Kasih, izinkan namamu berada dihatiku buat selama-lamanya kerna hanya kamu yang ada dihatiku walau apapun yang berlaku cintaku padamu takkan pernah mati walau nyawa terpisah dari badan daku tetap cintakan kamu’’ ‘’........

KASIH,IZINKAN SELAMANYA KAMU UNTUKKU....... ‘’

Cinta Terhalang

~buat mereka yg mengerti~ 

Di suatu hari yang indah kita ditakdirkan bertemu sama-sama membalas senyuman sama-sama membalas jelingan tanpa diduga sama sekali kerna pertemuan indah itu jualah kita ditakdirkan jatuh cinta! 

Saat kita merancang untuk membina mahligai bahagia disatukan dalam ikatan suci halangan datang silih berganti ujian menimpa bagaikan badai dugaan menerpa ibarat ribut merah air mata mengalir tak berhenti apalah daya bila cinta terhalang 

Ayahanda bonda dan juga sanak saudara kami datang memohon restu kenapa dihalangi cinta yang suci restuilah percintaan ini ia berlandaskan niat yang murni pernikahan mengikut hukum Ilahi bukan sempadan pilihan kami satukan kami menurut adat dan agama jangan biarkan kami sengsara 

Oh Tuhan apalah daya kami bila cinta tak direstui keluarga semakin kuat mereka cuba memisahkan semakin kuat cinta kami jadinya berilah petunjuk agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan 

Cinta ini cinta terhalang setiap arah ada penghadang ke mana lagi hendak dituju adakah mereka akan terus membiarkan hati ini merana memakan diri dan air mata bertukar darah??? apalah dosa kami hingga dihukum sedemikian rupa… 

Perpisahan adalah penyelesaian tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami mereka tahu tapi mereka enggan terima bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik kami mungkin terpisah tapi begitu dekat di hati kami mungkin berjauhan tapi hati kami tetap bersatu kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia bila satu jiwa sedang merana 

Cinta ini cinta terhalang mungkin ada hikmah disebaliknya kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi dan menanti penuh sabar restu famili Oh Tuhan..kami akur sekali jodoh dan maut di tanganMu mana mungkin kami menentukan sendiri andai tiada jodoh kami redha kerana kami sedar kasihMu pada hambamu lebih besar dari kasih manusia sesama manusia betapa kerdilnya kami disisiMu 

Tuhan..
berilah pedoman buat kami yang semakin hari semakin keliru jangan biarkan kami tewas hingga memilih jalan yang salah hanya padaMu kami berserah moga cinta kami direstui…



BUS dan CINTA

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. 

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! 

Moral: marilah kite tunggu bas… tak payah naik kereta…

Monday, April 11, 2011

DURIAN......raja segala buah......





Musimnyer datang lagi.....DURIAN...Raja segala buah....anak2 aku juga ktinggalan untuk memakannya....klu dapat makan.....aku sendiri kalah...sampai demam demam aku di buatnya krana melayan anak2 tersayang.


Lihat lah anak bujang aku nie....dapat makan....bper pun dia sanggup habiskan......pagi petang siang mlm....selagi ada dia habiskan. Aku sdr jd takut di buatnyer....mn x nyer aku risau klu2 x bleh tido mlm....nsb baik skrg musim hujan..jd x lah risau sgt.


Princess aku sowang nie x baper nk minat.....mkn pun ala kadar....geli agaknyer nak pegang....klu nak mkn sgt pun minta di suap kan...........he3....adik2.....inilah gelagat anak2 aku klu tiba musim durian...asal tgk tv da kisah durian ms tu juga lah suh aku kuar g cari....tgh da musim x per lah....kl x da....? mana lah ibu nak cari.





So kwn2.....selamat menikmati msim Raja buah....bg yg berpenyakit tu hati2 lah....bkan x bleh mkn.....tapi cukup lah sekadar rasa.....sbb Raja buah nie klu mkn terlalu bnyk bleh memudaratkn diri sendiri......wassalam

Sunday, February 27, 2011

tanda2 kematian

9 TANDA-TANDA SAAT KEMATIAN

  • 100 hari,seluruh badan rasa bergegar.
  • 60 hari,pusat rasa bergerak-gerak.
  • 40 hari,daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya  sehingga saat kematiannya.Kadang- kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan orang kelihatan seperti sedang rungsing.
  • 7 hari,mengidam makan.
  • 5 hari,anak lidah bergerak-gerak.
  • 3 hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
  • 2 hari, seluruh dahi bergerak-gerak.
  • 1 hari,terasa bahagian ubun bergerak-gerak diantara waktu subuh dan asar.
  • Saat akhir,terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi.(dibahagian belakang badan)
    Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali,mengucap dalam keadaan diam dan jangan lagi bercakap-cakap.


    BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

    Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:-

    “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedlm lubang-lubang kecil dlm badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yg lain masuk menarik roh dari lutut sehingga sampai keperut dan kemudian mereka keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yg lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai kedada dan kemudinnya mereka keluar.Dan akhir sekali datang satu kumpulan malaikat  masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yg dikatakan saat-saat nazak orng itu”


    Sambung Rasullullah S.A.W lagi:-

    “kalau org yg nazak itu orang beriman,maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yg disebelah kanan sehingga org yg nazak itu dapat melihat kedudukannya disyurga.Apabila org yg beriman itu melihat syurga,maka dia akan lupa kepada org yg berada disekelilingnya.Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.
    Kalau org yg nazak itu org munafik,maka Jibrail A.S akan menebarkan sayapdisebelah kiri.Maka org yg nazak itu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu org itu tidak lagi melihat org disekelilingnya,ini adalah kerana terlalu takut apabila melihat Neraka yg akan menjadi tempat tinggalnya.

    Friday, February 18, 2011

    Miqdad birth 18.02.2011

    Hari ini 18.02.2011 aku sekali lagi menyambuut besday anak kesayangan aku...kali nie birt anak lelaki aku Muhammad Khairul Miqdad. Dah 4thn usia anak aku kini.....sekajap jer rs nyer  sejak dia lahir 4thn yg lalu...terasa tua aku kini. Ibu doakan anak ibu akan jd anak yg berguna suatu hari nnti..anak yg bleh di banggakan dan harapan ibu utk menjaga adik mu bile ibu dah tiada lagi...kini abg lah segala nyer....kerana abg dan adik cuma ada ibu sebagai ibu dan abah kepada abg...berat tanggungjawabnyer utk abg suatu hari nnti....ibu akan sentiasa menyayangi abg.....sbb ibu cuma da seorang wira dalam hati ibu ketika ini....salam sayang dari ibu buat abg.....abg kna kuat mental lepas nie...jgn biar adik buli abg lagi....abg kna kuat dr adik...ok abg...cukup lah corean ibu utk abg....ketahui lah walau apapun berla ibbu ttp ibu abg......sayang abang.



    Wednesday, February 16, 2011

    AKU DAN KERJAYA......


     Salam sayang wat semua blogger2....aku kini kembali meng-update kan diri aku di ruangan ini...aku sdr x tahu nak tulis apa tapi tetiba aku teringat nak kongsikan pd korang kisah kerjaya aku...

    Aku  adalah seorang insan yg x berapa lah pandai mana dalam pelajaran sbb itu aku memilih PDRM sebagai kerja aku hiingga kini..ikut kan aku xda lah minat mana dalam PDRM nie..tapi dari paksaan terus menjadi minat walaupun xlah sampai tahap minat giler...boleh lah di banggakan dari aku manusia yg terlalu nakal kepada seorang yg bertanggungjawab terhadap diri dan negara...wahhhh...mcm best jerk bunyi nyer kan...meh aku kongsi ngan korang mcmana lah aku leh terjebak ngan kerja uniform nie.....

    Selepas SPM 1997 aku berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menimba pengalaman hidup dan kerjaya. Aku bukan lah berasal dari sebuah Bandar besar...cuma anak Felda yg berani menghijrahkan diri aku ke Kuala Lumpur..bandaraya yg penuh godaan jika tidak kuat iman di dada. Aku mulakan kerjaya aku sebagai Promoter Kasut di sebuah Pasaraya yg boleh dikatakan Gah juga lah...bnyak juga lah berjumpa ngan artis2 glam n menteri2...sapa kata anak Felda x leh jumpa ngan diaowg...tapi aku lah orang nyer.

    X lama mana aku di Bandar Kuala Lumpur...pada awal thn 1998 ayah telah menelepon aku supaya balik ke kampung sbb ayah kata ada temuduga terbuka Polis di Kuala Pilah. Aku x nak pergi...aku memberontak pada ayah dgn mengatakan keja polis nie aku x suka...aku benci keja polis sbb jadi kuli orang...kena maki ngan orang...dan meyusahkan hidup orang...sbb tiap kali aku ditahan lalu di sekatan jalan raya aku akan buang ms aku kerana di tnyer itu dan ini oleh polis yg bertugas. Lepas itu dengan keras hati aku nekad x nak balik ke kampung seperti yg ayah arahkan. Pastu 2 hari sebelum temuduga polis di Kuala Pilah, ayah telah datang ke Kuala Lumpur untuk membawa aku pulang untuk menghadiri termuduga tersebut. Nak tak nak aku terpaksa akur dgn permintaan ayah...

    Aku pergi temuduga dengan di temani ayah dengan hanyer membawa slip keputusan SPM ja masa tu...xda sebarang sijil akademik yg aku bw ms tu.....ayah dengan rela hati menunggu aku temuduga sehingga malam hari. Samapi di tempat temuduga tanpa bnyak bicara...cik polis tu suh aku pg ukur tinggi dan berat tanpa sebarang banyak soal....pas tu cik polis tu kata aku layak untuk ujian fizikal dan ujian IQ...aku lepas semua ujian wpun aku dgn niat untuk khianat temuduga tersebut. Semasa masuk ke bilik temuduga dengan 3 orang polis yg ada ntah apa2 tanda di bahu bertanyer kan aku kenapa aku hanya datang dengan slip keputusan SPM saja sedangkan orang lain tebal ngan sijil2.... aku dengan bagus menjawab.." saya sebenarnyer x suka keja polis nie...saya datang pun sbb ayah paksa..." hu3...mcm x caya ayat tu kuar dari mulut aku.....sampai mlm aku jalani temuduga...lastly cik polis tu kata minggu depan datang untuk medical check-up....ms tu aku menyumpah2..sbb aku diterima...aduhhhh...mungkin betul kata orang...klu dah mmg jodoh aku ngan polis..nak khianat mcmana pun aku ttp ngan PDRM...mungkin berkat doa ayah aku yang menunggu sejak pagi....

    Pada 01.07.1998 aku telah menjalani di Pusat Latihan Polis Ayer Hitam (PULAPAH) di Bahau Negeri Sembilan. Jalan lah aku latihan selama 6 bulan di situ...dari manusia yang x tahu ttg menghargai masa aku jadi manusia yg menepati masa....dari manusia yg tdk tahu ttg disiplin diri...aku jadi manusia yg tahu ttg adab dan tatasusila..ttg disiplin diri...tentang segala2nyer yg x penah aku pelajari semasa di zaman sekolah atau pun di rumah....

    Pada 31.12.1998 tamatlah aku menjalani latihan dan kuar lah aku kerja sebagai seorang anggota Polis dan tempat pertama aku di campak kan adalah daerah Perak Tengah dan melaporkan diri di Balai Polis Kg gajah Perak. Ya Allah...nak di jadikan cerita...aku sedih tengok Balai tu masa tu....Balai kayu yg serupa stesyen keretapi di zaman Jepun...aku lagi lah menyumpah...dah lah x suka keja polis kena pulak di cmpakkan ke kawasan kampung yg lebih hulu dari kampung aku di Felda tu...Rasa nak menangis pun ada....Sedih giler lah aku masa tu...masa itu aku bersama 2 rakan aku polis wanita yg wujud di Balai itu buat kali pertama nyer sejak tahun 1953 Balai di situ wujud....perrgghhhhh....terkejut aku...patutlah awal kehadiran kami di balai itu menjadikan kami sebagai ratu....yg menggelikan hati ada yg datang ke Balai tu bukan nak wat report tapi nak tgk kami secara berdepan...sbb kata mereka selama ini mereka tgk polis wanita hanya dalam drama Gerak Khas....wahhhh fofular kejap ms tu....he3....ragam mcm tu pun da...

    So sekarang....pejam celik pejam celik kini aku dah 13 tahun berkhidmat sebagai anggota PDRM....dan kini bertugas di Balai Polis Seri Iskandar...masih di Daerah yg sama....kini aku bangga...sbb aku kini Warga PDRM...sekarang bukan senang nak masuk kerja sebagai anggota PDRM...kelulusan nak tggi...xda lagi yg Gred 3 dlm SPM yg diterima masuk ke dalam PDRM. Kini dengan kerja sbg anggota polis yg berpangkat rendah...aku mmpu ada segalanyer..berbanding masa aku kerja sbg promoter dgn gaji yg beribu2 tapi aku xda sebarang harta.....thanx ayah...sbb memaksa tiena untuk hadir ketemuduga dulu...klu tidak anak ayah nie x jadi org yg berguna dan dapat berbakti kepada masyarakat dan negara...terima kasih ayah......