my beloved kidz

my beloved kidz

Saturday, August 27, 2011

Kekasih....



Kasih, izinkan daku mencintaimu hingga ke hujung nyawaku.. 
Kasih, izinkan daku merindui bayang-bayang wajahmu keakhir hujung nafasku.. 
Kasih, izinkan daku terus menyayangimu hingga ke detik akhir nadiku... 
Kasih, izinkan daku meniup semangatmu dari kejauhan kerna itu sahaja yang dapat kelakukan untukmu.. Kasih, izinkan daku terus memikirkan dirimu yang akan kucinta selamanya walau apapun yang berlaku.. Kasih, izinkan daku terus menyinari kegelapanmu... Kasih, izinkan daku terus menjadi payungmu dikala hujan membasihi dirimu... 
Kasih, izinkan daku menjadi penawarmu dikala kesakitan menyerang dirimu... 
Kasih, izinkan daku menjadi pakaianmu agar sentiasa terjaga maruahmu 
Kasih, izinkan daku menjadi anggota tubuhmu jika itu dapat memberi manfaat padamu untuk melakukan sesuatu..
‘’Kasih, izinkan namamu berada dihatiku buat selama-lamanya kerna hanya kamu yang ada dihatiku walau apapun yang berlaku cintaku padamu takkan pernah mati walau nyawa terpisah dari badan daku tetap cintakan kamu’’ ‘’........

KASIH,IZINKAN SELAMANYA KAMU UNTUKKU....... ‘’

Cinta Terhalang

~buat mereka yg mengerti~ 

Di suatu hari yang indah kita ditakdirkan bertemu sama-sama membalas senyuman sama-sama membalas jelingan tanpa diduga sama sekali kerna pertemuan indah itu jualah kita ditakdirkan jatuh cinta! 

Saat kita merancang untuk membina mahligai bahagia disatukan dalam ikatan suci halangan datang silih berganti ujian menimpa bagaikan badai dugaan menerpa ibarat ribut merah air mata mengalir tak berhenti apalah daya bila cinta terhalang 

Ayahanda bonda dan juga sanak saudara kami datang memohon restu kenapa dihalangi cinta yang suci restuilah percintaan ini ia berlandaskan niat yang murni pernikahan mengikut hukum Ilahi bukan sempadan pilihan kami satukan kami menurut adat dan agama jangan biarkan kami sengsara 

Oh Tuhan apalah daya kami bila cinta tak direstui keluarga semakin kuat mereka cuba memisahkan semakin kuat cinta kami jadinya berilah petunjuk agar jalan yg kami ambil tidak bertentangan 

Cinta ini cinta terhalang setiap arah ada penghadang ke mana lagi hendak dituju adakah mereka akan terus membiarkan hati ini merana memakan diri dan air mata bertukar darah??? apalah dosa kami hingga dihukum sedemikian rupa… 

Perpisahan adalah penyelesaian tapi perpisahan adalah pilihan terakhir kami mereka tahu tapi mereka enggan terima bahawa perpisahan bukanlah jalan terbaik kami mungkin terpisah tapi begitu dekat di hati kami mungkin berjauhan tapi hati kami tetap bersatu kami mungkin dikahwinkan dgn pilihan keluarga tapi percayalah perkahwinan itu tak akan bahagia bila satu jiwa sedang merana 

Cinta ini cinta terhalang mungkin ada hikmah disebaliknya kami kan terus berdoa memohon restu Ilahi dan menanti penuh sabar restu famili Oh Tuhan..kami akur sekali jodoh dan maut di tanganMu mana mungkin kami menentukan sendiri andai tiada jodoh kami redha kerana kami sedar kasihMu pada hambamu lebih besar dari kasih manusia sesama manusia betapa kerdilnya kami disisiMu 

Tuhan..
berilah pedoman buat kami yang semakin hari semakin keliru jangan biarkan kami tewas hingga memilih jalan yang salah hanya padaMu kami berserah moga cinta kami direstui…



BUS dan CINTA

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. 

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, “Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain.” Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati “bas” itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! 

Moral: marilah kite tunggu bas… tak payah naik kereta…